CONTOH PERSEMBAHAN
ISI KARANGAN DENGAN MENGGUNAKAN BORPIKA
Contoh 1 (Faktor-faktor golongan belia tidak
meminati bidang pertanian)
ISI
|
HURAIAN
|
||
APA
|
BAGAIMANA
|
MENGAPA
|
IMPAKNYA
|
Tanaman lambat mendatangkan hasil.
|
-
|
Terpaksa melalui pelbagai proses sebelum mendapat hasil.
Dianggap menyusahkan - memilih bidang lain.
|
Bilangan anak muda yang terlibat dalam bidang pertanian kian berkurang.
|
Contoh persembahan
idea di atas.
Bidang
pertanian ternyata lambat mendatangkan pulangan. Perkara ini ada kebenarannya
kerana sebelum hasil tanaman diperoleh, pengusaha terpaksa melalui berbagai-bagai proses, antaranya
termasuklah membersihkan kawasan tanaman, menanam, membaja, dan memetik
hasil. Kebanyakan anak muda menganggap bahawa kerja-kerja sedemikian menyusahkan
mereka, selain terpaksa menunggu masa
yang lama sebelum mengecap hasilnya. Lagipun, kini, terdapat banyak peluang
pekerjaan, terutama sebagai operator pengeluaran di kilang-kilang yang
menjanjikan pulangan pada setiap akhir bulan. Oleh sebab itu, tidak hairanlah
sekiranya bilangan anak muda yang menceburi bidang pertanian kian berkurang
dari semasa ke semasa.
|
Contoh
2: (Kepentingan menguasai lebih daripada satu bahasa)
ISI
|
HURAIAN
|
||
APA
|
BAGAIMANA
|
MENGAPA
|
IMPAKNYA
|
Memudahkan individu berkomunikasi
dengan pihak lain (masyarakat berbilang kaum di Malaysia)
|
-
|
Mudah mendapat kawan pelbagai kaum.
Dapat mengetahui budaya kaum lain.
|
Timbul perasaan kekitaan.
Dapat merealisasikan Gagasan I Malaysia.
|
Dengan menguasai pelbagai bahasa, seseorang dapat
berkomunikasi dengan pihak lain dengan lebih berkesan. Dalam konteks negara
kita yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, penguasaan pelbagai bahasa akan
mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Melalui
hubungan yang erat, budaya sesuatu kaum dapat difahami dengan lebih mudah.
Perkara ini penting, khususnya untuk melahirkan perasaan hormat-menghormati,
kasih sayang dan perasaan kekitaan, “espirit
de corp” dalam kalangan masyarakat di negara ini. Dengan perkataan lain, penguasaan
lebih daripada satu bahasa dapat membantu menjayakan Gagasan I Malaysia,
seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita.
|
Contoh
3: (Kepentingan kemajuan industri desa kepada rakyat dan
negara)
ISI
|
HURAIAN
|
||
APA
|
BAGAIMANA
|
MENGAPA
|
IMPAKNYA
|
Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
|
-
|
Industri desa memerlukan tenaga kerja – pembuatan dan
perniagaan.
|
·
Mengurangkan pengangguran
·
Menambahkan pendapatan
·
Meningkatkan taraf hidup
|
Contoh persembahan isi di atas.
Kemajuan industri desa ternyata dapat mewujudkan
peluang pekerjaan tertentu kepada rakyat negara ini, terutama kepada penduduk
desa. Ada pihak yang menjadi pengusaha barangan industri desa atau menceburi
bidang perniagaan barangan kraf tangan yang merupakan warisan bangsa kita.
Selain itu, ada penduduk desa yang bekerja sebagai pembuat barangan daripada
mengkuang, rotan, tembaga, ataupun batik. Keadaan ini secara tidak langsung
dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk desa. Pada masa
yang sama, pendapatan penduduk desa bertambah dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan taraf hidup mereka. Tegasnya, kemajuan industri desa merupakan
rahmat yang tidak ternilai, khususnya kepada penduduk desa.
|
No comments:
Post a Comment