Friday, October 20, 2017

PENGGUNAAN IMBUHAN



PENGGUNAAN IMBUHAN

          Imbuhan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut.


IMBUHAN




 


Awalan


Akhiran




Apitan


Sisipan

          Contoh kesalahan penggunaan imbuhan:
1.            Tujuannya adalah untuk mempastikan semua pelajar hadir ke sekolah.

2.            Pihak sekolah mensasarkan 10 orang pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan SPM pada tahun ini.

3.            Persatuan akan mengenengahkan seorang lagi pemain muda pada tahun ini.

4.            Pihak pengurusan tidak wajar mengenepikan pandangan kakitangan bawahan.

          Semua perkataan yang bergaris dalam ayat 1 hingga 4, kurang tepat dari segi penggunaan imbuhannya. Sepatutnya, konsonan p pada awal kata dasar  digantikan dengan m apabila menerima imbuhan me-, seperti dalam contoh yang berikut.
·         me-            +          palu                 =          memalu
·         me-            +          pukul               =          memukul
·         me-            +          pastikan           =          memastikan
          Konsonan s pada awal kata dasar pula akan digantikan dengan ny apabila menerima imbuhan me-, seperti dalam contoh yang berikut.
·         me-            +          salin                 =          menyalin
·         me-            +          suluh                =          menyuluh
·         me-            +          sasarkan         =          menyasarkan
          Perkataan bergaris dalam ayat 3 dan 4 tidak tepat kerana penggantian seharusnya dilakukan pada ke dan konsonan t pada awal kata dasar (tepi dan tengah) seharusnya dikekalkan.
·         me-            +          ke        +          tepi      +          -kan     =          mengetepikan
·         me-            +          ke        +          tengah +          -kan     =          mengetengahkan

          Kaedah ini dikecualikan bagi kata pinjaman bahasa Inggeris atau bahasa Arab. Peraturan menetapkan bahawa bagi kata pinjaman, konsonan awal pada kata dasar tidak mengalami perubahan apabila kata dasar tersebut menerima  imbuhan. Contohnya:


Awalan

Kata Pinjaman

Betul

Salah

me-
me-
me-
me-

me-

failkan
filemkan
kategorikan
praktikkan
terjemah
tafsirkan

memfailkan
memfilemkan
mengkategorikan
mempraktikkan
menterjemah
mentafsirkan

memailkan
memilemkan
mengategorikan
memeraktikkan
menerjemah
menafsirkan

          Sesetengah pengguna pula melakukan kesilapan apabila menggunakan imbuhan apitan memper-...-kan dan diper-...-kan. Contohnya:

5.            Kerja-kerja memperluaskan padang permainan itu sedang dilaksanakan.

6.            Kompleks sukan itu akan diperbesarkan sebelum kejohanan berlangsung.

7.            Kos yang tinggi diperlukan untuk memperindahkan bandar raya itu.

8.            Usaha untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar wajar disokong.

           Walaupun penggunaan seperti di atas agak meluas, yang salah tetap salah. Alasannya ialah apitan memper-...-kan atau diper-...-kan,  ika diimbuhkan pada kata adjektif (luas, besar, indah, dan kukuh) dianggap lewah. Gunakanlah imbuhan yang betul, seperti yang berikut.
9.            Kerja-kerja memperluas/meluaskan padang permainan itu sedang dilaksanakan.
10.          Kompleks sukan itu akan diperbesar/dibesarkan sebelum kejohanan berlangsung.
11.          Kos yang tinggi diperlukan untuk memperindah/mengindahkan bandar raya itu.
12.          Usaha untuk memperkukuh/mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar wajar disokong.

          Ingatlah bahawa kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif sahaja yang tidak boleh menerima apitan memper-...-kan dan diper-...-kan. Sekiranya kata dasar itu bukan kata adjektif, apitan tersebut boleh digunakan seperti dalam ayat yang berikut.
13.          Beliau memperkatakan isu remaja dalam majlis itu.
14.          Tidak baik kita mempermainkan orang tua itu.
15.          Peserta itu sedang memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
16.          Setiap rakyat berhak memperkatakan apa-apa sahaja tentang Malaysia.

          Kelemahan pelajar tentang penggunaan imbuhan kata nama, terutama akhiran -an, apitan pe-...-an dan ke-...-an begitu ketara, terutama apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan konsonan k. Contohnya:
17.          Pelancong asing menyaksikan pertunjukkan ahli silap mata itu.
18.          Pergerakan anggota kumpulan itu dikesan oleh pihak polis.
19.          Kebanyakkan pelajar tidak menghadapi masalah untuk belajar.
20.          Baginda menggunakan kenaikkan khas untuk ke tempat itu.

     Kesalahan di atas tidak mungkin dilakukan sekiranya pelajar memahami proses pengimbuhan, seperti yang berikut.

Kata dasar

Apitan

Betul

Salah

tunjuk
gerak
banyak
naik

pe-...-an
pe-...-an
ke-...-an
ke-...-an

pertunjukan
pergerakan
kebanyakan
kenaikan

pertunjukkan
pergerakkan
kebanyakkan
kenaikkan

          Apabila kata dasar menerima imbuhan me-...-kan atau di-...-kan, maka terhasillah bentuk yang berikut.

Kata dasar

Apitan

Betul

Salah

tunjuk
gerak
banyak
naik

me-...-an
atau
di-...-kan

menunjukkan
digerakkan
membanyakkan
dinaikkan

menunjukan
digerakan
membanyakan
dinaikan

          Bagi menangani kelemahan ini, pelajar perlu memahami kaedah penggunaan imbuhan dalam bahasa Melayu dan tidak harus menggunakannya sesuka hati. Pengetahuan ini penting bukan sahaja untuk membolehkan pelajar menjawab soalan dengan peperiksaan dengan betul tetapi untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan.

No comments:

Post a Comment