Wednesday, October 18, 2017

MENILAI KARANGAN PELAJAR



SOALAN

Walaupun barangan buatan Malaysia banyak di pasaran tempatan, barangan dari luar negara masih mendapat sambutan daripada pengguna. Jelaskan faktor barangan dari luar negara masih mendapat sambutan daripada pengguna. Apakah kesan negatif sekiranya perkara ini tidak diatasi?

1.     Soalan di atas mengandungi dua tugasan, iaitu:
        i.    Faktor barangan dari luar negara masih mendapat sambutan pengguna.
        ii.   Kesan negatif sekiranya sambutan pengguna terhadap barangan dari luar negar tidak diatasi.

2.    Menilai ketepatan persembahan isi karangan dengan menggunakan BORPIKA. Sekiranya maklumat  
       yang ditulis menepati ruangan kosong BORPIKA, bermakna persembahan isi karangan itu, baik.


KARANGAN PELAJAR

        //Pada masa kini, barangan buatan Malaysia banyak berada di pasaran tempatan, namun begitu barangan dari luar negara juga mendapat sambutan. Golongan pengguna seakan-akan terpengaruh dengan barangan dari luar negara kerana menganggap bahawa barangan dari luar negara itu lebih berkualiti daripada barangan tempatan. //Terdapat pelbagai faktor barangan dari luar negara itu mendapat tempat di hati pengguna dan kesan-kesan negatifnya sekiranya perkara ini tidak diatasi.

PENDAHULUAN :   Agak pendek dan bercampur aduk dengan isi; contoh barangan tidak diberikan.
                             Terdapat 2 kesalahan struktur.                 
P = 1 m


Bil.

Pembetulan Kesalahan Struktur

1.

Pada masa ini, barangan buatan Malaysia banyak terdapat di pasaran tempatan. Namun begitu, barangan dari luar negara masih mendapat sambutan.

2.

Terdapat pelbagai faktor barangan dari luar negara itu mendapat tempat di hati pengguna. Banyak kesan negatif akan timbul sekiranya perkara ini tidak diatasi.
                                                           
        //Faktor barangan dari luar negara mempengaruhi pengguna ialah barangan dari luar negara mempunyai jenama yang terkenal. //Hal ini kerana barangan yang berjenama itu mempunyai standard yang tinggi yang ditetapkan sebelum produk itu dipasarkan. Jika barangan dari luar negara yang dihasilkan itu tidak mencapai standard yang tinggi maka barangan tersebut tidak dipasarkan. //Contohnya, barang dari luar negara seperti baju yang berjenama tertentu mestilah dibuat dengan lebih baik untuk mencapai matlamat perniagaan. //Justeru jelaslah bahawa barangan dari luar negara masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna.


ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAKNYA

Barangan dari luar mempunyai jenama yang terkenal.

X

·         Dibuat dengan baik untuk mencapai matlamat perniagaan.

·         Menarik minat pengguna.

ISI 1                 :   Boleh diterima; huraiannya sederhana/lemah.
                            Terdapat 4 kesalahan struktur.                                                                         ISI 1 = 1 m
BAHASA

Bil.

Pembetulan Kesalahan Struktur

1.

Antara faktor barangan dari luar negara menarik minat pengguna ialah barangan dari luar negara mempunyai jenama yang terkenal.

2.

Hal ini disebabkan barangan yang berjenama itu dianggap mempunyai standard yang tinggi.

3.

Contohnya, baju yang berjenama dari luar negara dijaga kualitinya untuk memenangi saingan di pasaran.

4.

Oleh sebab itulah, barangan dari luar negara masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna

        //Selain itu, faktor barangan dari luar masih mendapat tempat kerana jenama sesuatu barangan itu mempengaruhi minat pengguna untuk membeli barangan dari luar negara. //Jenama yang terkenal seperti Armani, Channel, Bonia, dan lain-lain jenama akan membuatkan seseorang yang memiliki produk tersebut berasa mewah menggunakannya. //Sementelahan lagi, pengguna pasti membeli produk dari luar negara ini pada masa jualan murah. //Potongan harga diskaun yang tinggi seperti 70 peratus dapat menarik minat pengguna di negara kita membelinya dengan kuantiti yang banyak. //Jelaslah jenama juga merupakan faktor barangan dari luar negara mendapat sambutan daripada pengguna.                 


ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAKNYA

Jenama barang dari luar menarik minat pengguna.
Contoh diberikan.

X

·         Pengguna terasa hebat.
·         Ada potongan harga.

·         Pengguna tertarik untuk membelinya.

ISI 2                 :  Boleh diterima; huraiannya sederhana/memadai tetapi ada kaitan dengan isi pertama.
                           (Isi kedua dianggap lanjutan isi pertama)
                           Terdapat 5 kesalahan struktur.                                                                        ISI 2 = 2 m

BAHASA

Bil.

Pembetulan Kesalahan Struktur

1.

Selain itu, barangan dari luar masih mendapat tempat kerana jenama sesuatu barangan itu mempengaruhi pengguna untuk membelinya.

2.

Penggunaan barangan yang berjenama, seperti Armani, Channel, Bonia, dan jenama-jenama lain akan membuatkan seseorang berasa dirinya hebat.

3.

Lagipun, pengguna dapat membeli produk dari luar negara apabila jualan murah diadakan.

4.

Potongan harga sehingga 70 peratus dapat menarik minat pengguna untuk membelinya dalam kuantiti yang banyak.

5.

Tegasnya, jenama yang terkenal merupakan faktor penting barangan dari luar negara mendapat sambutan daripada pengguna.

        //Walaupun begitu, terdapat kesan negatif sekiranya perkara ini tidak diatasi. //Banyak kesan negatif akan timbul akibat pembelian barangan buatan dari luar negara. //Kesan negatif yang timbul ialah barangan buatan Malaysia akan mengalami kerugian. //Ini kerana pengguna kita terlalu mengagumi dengan barangan buatan dari luar negara. //Barangan buatan Malaysia yang tidak laris dan boleh mengakibatkan berlakunya muflis sesebuah perniagaan. Pekedai akan mengalami kerugian apabila barangan yang dijual tidak mendapat sambutan pengguna. Jelaslah bahawa langkah yang berkesan perlu diambil untuk mengatasi masalah barangan dari luar negara mendapat sambutan yang menggalakkan.


ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAKNYA

(Pengusaha) barangan buatan Malaysia akan mengalami kerugian.

X

·         Pengguna mengagumi barangan dari luar negara.

·         Barangan buatan
     Malaysia tidak laris.
·         Peniaga muflis.

ISI 3                 :  Boleh diterima; huraian isi, memadai; maklumat terhad.
                           Terdapat 5 kesalahan struktur.                                                                     ISI 3 = 2 m

BAHASA

Bil.

Pembetulan Kesalahan Struktur

1.

Pelbagai kesan negatif akan timbul sekiranya perkara ini tidak diatasi.

2.

Pembelian barangan buatan dari luar negara akan menimbulkan banyak kesan negatif.

3.

Antara kesan tersebut termasuklah kerugian dalam kalangan pengusaha barangan buatan Malaysia.

4.

Hal ini disebabkan pengguna kita terlalu mengagumi barangan buatan dari luar negara.

5.

Disebabkan barangan buatan Malaysia tidak laris, pengusahanya boleh gulung tikar.
        //Kesan negatif yang seterusnya berlakunya lambakan produk tiruan akan berlaku di pasaran yang sukar diatasi. //Justeru itu, pengguna yang tidak berkemampuan untuk membeli barangan dari luar negara yang ori pasti akan membeli barangan ini walaupun barangan tiruan. //Kebanyakan barangan lambakan tiruan juga menyebabkan pengguna terpedaya kerana produk tersebut tidaklah mahal seperti produk ori. Pengguna juga akan mengalami kerugian yang besar akibat ditipu oleh peniaga yang menjual barangan tersebut. //Misalnya, seorang ingin membeli pakaian dari luar negara dia membelinya di pasaran. //Sudah terang lagi bersuluh membeli barang tiruan tidak mendatangkan kepuasan hati pengguna yang tertipu oleh penjual tersebut. Oleh itu, lambakan barangan di pasaran hendaklah dikurangkan agar pengguna tidak tertipu.


ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAKNYA

Lambakan produk tiruan akan berlaku dan sukar diatasi.

X

·         Pengguna membeli barangan tiruan; tidak mampu membeli barang asli.
·         Barangan tiruan tidak mahal.

·         Pengguna kerugian akibat terpedaya.

ISI 4                 :  Boleh diterima; huraian isi, memadai.
                           Terdapat 5 kesalahan struktur.                                                                 ISI 4 =  2 m

BAHASA

Bil.

Pembetulan Kesalahan Struktur

1.

Lambakan produk tiruan yang berlaku di pasaran sukar diatasi.

2.

Pengguna yang tidak berkemampuan untuk membeli barangan asli dari luar negara pula akan membeli barangan tiruan.

3.

Lambakan barangan tiruan menarik perhatian pengguna untuk membelinya kerana harganya tidak mahal seperti produk asli.

4.

Seseorang boleh membeli pakaian dari luar negara di pasaran tempatan.

5.

Tegasnya, pembelian barang tiruan tidak mendatangkan kepuasan kepada pengguna, malah ada yang berasa tertipu.
        //Akhir sekali, kesan negatif yang akan timbul sekiranya masalah ini tidak dihentikan ialah imej negara terjejas di mata dunia. //Hal ini kerana kita terlalu mengimport barangan dari luar negara dan barangan buatan Malaysia dieksport ke luar negara. //Justeru itu, kita tidak berpeluang untuk mengembangkan imej negara kita ke mata dunia melalui perdagangan. //Sedangkan kita sebuah negara yang sedang membangun banyak barangan kita yang diperniagaan di luar negara. //Selain dari itu, dapat mengukuhkan ekonomi negara. //Sekarang, banyak masalah yang timbul menggunakan barangan berjenama dari luar negara. Jelaslah bahawa sambutan terhadap barangan dari luar negara menyebabkan imej nega kita terjejas.


ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAKNYA

Imej negara terjejas.

X

Tidak jelas

·         Tidak berpeluang untuk meningkatkan imej negara.

ISI 5                 :  Boleh diterima; huraian isi, agak lemah; maklumat terhad.
                           Terdapat enam kesalahan struktur.                                                                ISI 5 = 1 m

BAHASA

Bil.

Pembetulan Kesalahan Struktur

1.

Sekiranya masalah ini tidak ditangani, imej negara terjejas pada kaca mata rakyat asing.

2.

Hal ini dikatakan demikian kerana kita terlalu bergantung pada barangan dari luar negara.

3.

Dengan demikian, kita tidak berpeluang untuk mengembangkan imej negara kita melalui perdagangan.

4.

Sebagai negara yang sedang membangun, banyak barangan kita yang diniagaan di luar negara

5.

Selain itu, ekonomi negara dapat diperkukuh.

6.

Kini, banyak masalah timbul akibat penggunaan barangan berjenama dari luar negara.

        Tidak dapat dinafikan bahawa barangan dari luar negara masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Secara umjumnya, fenomena ini berpunca daripada tanggapan positif masyarakat terhadap barangan dari luar negara. Dengan perkataan lain, sekiranya diberikan pilihan, kebanyakan pengguna tetap memilih barangan dari luar kerana kelebihan barangan dari luar negara sudah tertanam dalam diri mereka. Sebagai akibatnya, barangan tempatan kurang mendapat sambutan daripada pengguna. Dalam jangka panjang pengusaha barangan tempatan tidak dapat memperkembangkan perniagaan mereka dan matlamat untuk mengetengahkan barangan tempatan di pasaran antarabangsa tidak akan menjadi kenyataan.                                                                                                                                                         (632 pp)

KESIMPULAN :    Pelajar berkenaan dapat menyimpulkan isi tentang faktor dan kesan dengan kemas.
 Pandangannya tentang perkara tersebut juga dinyatakan dengan jelas pada bahagian 
 akhir kesimpulan.
 Kesimpulan ini baik dan tiada kesalahan struktur.                                                K = 3 m
PEMARKAHAN

//    =    27                     P        =   1                  R          =  12                
                                    I          =   8                  P          =    6
                                    K         =   3                  B          =    2
                                    -----------------                   -------------------
                                    R         = 12                  J          =  20 daripada 50
                                                                        ==========

Ulasan guru:

1.    Pendahuluan, isi pertama, dan isi kelima dianggap lemah; layak mendapat 1 markah
2.    Isi kedua merupakan lanjutan isi pertama.
3.    Kesalahan bahasa terlalu banyak (27 kesalahan); markah bahasa amat rendah; hanya 2 m.
4.    Kesimpulan karangan ini baik dan boleh dijadikan contoh.

Pelajar di atas akan memperoleh beberapa markah tambahan dengan mudah sekiranya kesalahan bahasa yang banyak itu dikurangkan. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar di atas, termasuklah:

1.    Memulakan ayat dengan “Justeru atau Justeru itu” --- (3 kali)

2.    Memulakan ayat dengan faktor, apabila menyatakan isi faktor dan memulakan ayat dengan kesan apabila
       menyatakan isi tentang kesan. Jika begini, kesemua ayat itu salah. ---  (5 kali)
                                    
3.    Menggunakan penanda wacana sesuka hati.                              
            Perenggan 3     -   Sementelahan lagi, (ayat ketiga)
Perenggan 4     -   Walaupun begitu,
            Perenggan 5     -   Akhir sekali       --- (3 kali)

4.    Kesalahan frasa yang berikut, sudah pun diberitahu oleh guru tetapi masih diulangi, iaitu:             
            Ini kerana
            Hal ini kerana
            Selain dari itu
            Potongan harga diskaun --- (4 kali)
           
         Pelajar di atas melakukan sekurang-kurangnya 15 kali kesalahan daripada empat jenis kesalahan di atas.Secara umumnya, pelajar akan kehilangan 1 markah bahasa bagi setiap 3 kesalahan seperti di atas. Ertinya sekiranya 15 kesalahan itu dapat ditinggalkan, markah bahasa pelajar bertambah 4 atau 5. Jika demikian, jumlah markah 20 itu akan menjadi 24 atau 25. Oleh itu, tanganilah masalah yang mudah ini dalam masa yang masih berbaki.

                 Tulisan ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada calon peperiksaan STPM dan juga kepada sesiapa yang ingin berkongsi ilmu tentang penulisan karangan. Penjelasan ini merupakan pandangan peribadi penulis. Pandangan yang membina amat dialu-alukan kerana kita manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Terima kasih. 

Daripada,
Cikgu Nawi Ismail, 
Kuala Terengganu.
           

3 comments:

  1. Jika ada soalan atau kemusykilan, sila kemukakan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Zul. Maklumat dalam petak dah nampak. Terima kasih, Cikgtu Zul.

    ReplyDelete
  3. Jadi, jika soalan itu berkisar mengenai faktor,mengapa pula tidak boleh memulakan ayat dengan faktor? Jika begitu apa contoh terbaik permulaan ayat itu?

    ReplyDelete