Thursday, September 28, 2017

BORPIKA MEMBANTU KEPERSISAN KARANGAN ANDA



PENGGUNAAN BORPIKA DALAM PENULISAN KARANGAN
oleh
Nawi bin Ismail

1.         Pendahuluan

       Tujuan mempelajari karangan adalah untuk membolehkan pelajar menguasai ilmu kepengarangan dan menggunakannya apabila diperlukan. Sekurang-kurangnya terdapat dua perkara penting yang perlu dikuasai pelajar, iaitu keupayaan memikirkan isi yang menepati kehendak soalan dan kejelasan huraiannya di samping penguasaan bahasa yang baik. Apabila pelajar ke institusi pengajian tinggi, ilmu inilah yang akan digunakan untuk menulis kertas kerja, tesis, dan lain-lain. Setelah bekerja pula, ilmu yang sama akan dimanfaatkan untuk menghasilkan laporan, teks ucapan, dan lain-lain.

2.         Mencatat Isi Karangan


Soalan karangan

Faedah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.


Isi karangan pelajar

1.   Mengisi masa lapang
2.   Keputusan peperiksaan meningkat
3.   IPT mengutamakan pelajar aktif kokurikulum
4.   Perpaduan kaum di Malaysia
5.   Kesihatan tubuh badan
6.   Mengembangkan bakat


      Pelajar yang berkenaan mempunyai idea yang sesuai bagi soalan karangan tersebut. Namun begitu, isi yang disenaraikan itu tidak memperlihatkan faedah dengan jelas. Apabila isi tersebut dikemukakan, dua masalah besar akan timbul, iaitu maksudnya kurang tepat dan kemungkinan juga ayatnya tidak gramatis, seperti yang dilakukan oleh pelajar berikut.


·         Faedah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah ialah mengisi masa lapang.
·         Faedah yang lain pula keputusan peperiksaan meningkat.
·         Seterusnya, IPT mengutamakan pelajar yang aktif dalam kokurikulum untuk dipilih.
·         Selain itu, perpaduan kaum di Malaysia kerana rakyat negara ini berbilang kaum....
·         Justeru itu, kesihatan tubuh badan pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum, seperti sukan.
·         Akhir sekali, mengembangkan bakat kerana bakat perlu dipupuk sejak di sekolah.


Bagi memastikan isi karangan di atas tersusun atau berfokus, wajarlah isi tersebut ditulis, seperti yang berikut.


Soalan karangan

Faedah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.


Isi karangan pelajar yang dimurnikan

1.   Mengisi masa lapang
2.   Membantu peningkatan prestasi pelajar
3.   Memenangi persaingan ke IPT
4.   Mengeratkan hubungan antara pelajar
5.   Meningkatkan tahap kesihatan pelajar
6.   Mengembangkan bakat


            Bukankah pemaparan isi di atas lebih berfokus?

Perbezaan pernyataan isi bagi fokus soalan yang berbeza

Pencemaran Sungai

Faktor pencemaran sungai

Kesan pencemaran sungai

Langkah mengatasi pencemaran sungai

§  Penebangan hutan
§  Pembuangan sampah
§  Pembuangan sisa toksik
§  Tumpahan minyak kapal
§  Penggunaan racun oleh petani


§  Sumber air bersih kurang
§  Hidupan akuatik mati
§  Wujud pencemaran bau
§  Wabak penyakit berlaku
§ Imej masyarakat dan negara
   terjejas



§  Memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar di sekolah
§  Meningkatkan amalan kitar semula
§  Menyediakan lebih banyak kemudahan untuk pem- buangan sampah
§      Mengadakan kempen
§    Menguatkuasakan undang-
     undang

3          Persembahan Isi Karangan

BORANG RANGKA PERSEMBAHAN ISI KARANGAN (BORPIKA)

ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAK

Pengaruh rakan sebaya menyebabkan remaja terlibat dalam kegiatan jenayah.

(Vandalisme, lumba haram, penyalahgunaan dadah, buli, dan gejala sosial yang lain)








Ruangan ini lebih sesuai untuk huraian isi tentang  langkah.

·         Remaja mudah terikut-ikut rakan.

·         Terlibat kerana dicabar.

·         Dipaksa agar diterima sebagai ahli kumpulan.
-

·         Pada mulanya, remaja terlibat kerana ikut rakan, menyahut cabaran atau terpaksa, lama-kelamaan menjadi kebiasaan.

·         Timbul keseronokan atau kepuasan.

·         Alah bisa tegal biasa.


     Setelah mendapatkan maklumat di atas, pelajar boleh mempersembahkannya seperti yang berikut.


     Penglibatan remaja dalam kegiatan jenayah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Dari segi realitinya, terdapat remaja yang mudah terikut-ikut dengan perlakuan rakan mereka. Golongan ini akan melakukan jenayah apabila mendapati rakan mereka berbuat demikian. Sesetengahnya pula, terlibat dalam gejala ini setelah dicabar atau dipaksa oleh rakan. Remaja diminta agar turut sama melakukan jenayah sebagai syarat untuk diterima sebagai ahli kumpulan. Meskipun pada mulanya, mereka berbuat demikian kerana terikut-ikut, dicabar atau dipaksa, lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan, malah timbul kepuasan. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, alah bisa tegal biasa.  
                                                                                                               (87 patah perkataan)

JANGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN DAN MEMBINA AYAT SESEDAP RASA

     Remaja merupakan aset penting negara yang tercinta di alam maya ini. //Nah, sudah terang lagi bersuluh remaja harapan bangsa pada masa akan datang. //Tetapi, remaja pada hari ini terlibat dengan pelbagai gejala negatif sehingga sanggup melakukan jenayah juvana. //Bahkan ada yang sanggup membunuh saudara-mara, kadang-kadang ibu bapa kandung mereka sendiri. //Perkara ini berlaku di bawah pengaruh dadah yang mempengaruhi mereka agar melakukan jenayah tersebut. Mereka kurang mendapat didikan agama kerana ibu bapa tidak bertanggungjawab. Ibu bapa pada hari ini terlalu mengejar kebendaan untuk hidup mewah seperti orang lain juga. //Oleh itu, anak-anak terpengaruh dengan rakan sebaya melakukan jenayah sehingga sanggup membunuh. Mereka tidak mahu menjadi remaja yang baik kerana mengikut hawa nafsu dan perasaan. Mereka langsung tidak memikirkan masa depan mereka. Oleh itu, remaja harus berkualiti untuk mengelakkan daripada terlibat dalam masalah yang berlaku pada hari ini.                                                         
                                                                                                             (136 patah perkataan)

i.              Adakah persembahan isi di atas betul?
ii.             Apakah pembaca dapat memahami persembahan isi karangan di atas.
iii.            Siapakah yang akan dipersalahkan?


CONTOH PERSEMBAHAN ISI KARANGAN

Fokus 1:  Punca pencemaran air

ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAK

Masy. buang sampah di merata-rata tempat.

X

·         Kurang nilai tanggungjawab terhadap a/sekitar.
·         Kurang kesedaran tentang kesan tindakan mereka itu.

·         Sungai dipenuhi bahan buangan ...
·         Byk sumber air di negara ini keruh, busuk, ...
·         Contoh ....


Sesetengah anggota masyarakat suka membuang sampah di merata-rata tempat, termasuklah ke dalam sungai. Golongan ini bertindak demikian kerana kurangnya nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri mereka. Mereka juga kurang kesedaran tentang kesan tindakan mereka itu terhadap sungai. Tabiat buruk tersebut mengakibatkan sumber air, khususnya sungai dipenuhi bahan buangan, antaranya plastik, bangkai haiwan, pakaian dan perabot yang tidak digunakan. Makin ramai anggota masyarakat yang bertindak demikian, makin seriuslah pencemaran air. Oleh sebab itulah, banyak sumber air, khususnya sungai, tasik, dan kolam di negara ini yang memiliki air yang keruh dan busuk. Antara sungai yang dimaksudkan itu, termasuklah Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Sepang di Selangor, dan Sungai Seget di Johor Bahru. (112 pp)

Fokus 2 :  Kesan pencemaran air

ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAK

Pertumbuhan plankton terbantut.


X

·         Fungsi sungai sebagai habitat terjejas.
·         Hidupan akuatik, misalnya, ikan.....mati.

·         Pendapatan nelayan terjejas.
·         Sumber protein berkurang.
·         Orang ramai terdedah kepada risiko penyakit berbahaya.

Sungai yang tercemar akan membantut pertumbuhan plankton. Dengan demikian, fungsi sungai sebagai habitat hidupan akuatik, terjejas. Keadaan ini mengakibatkan hidupan akuatik, terutama ikan, udang, siput, dan ketam mati. Kekurangan hidupan air tersebut pastinya menjejaskan sumber pendapatan nelayan yang selama ini bergatung pada sumber laut atau sungai. Impaknya, penderitaan nelayan kian bertambah, malah ada yang terpaksa menceburi bidang lain untuk meneruskan kehidupan. Orang ramai pula akan kehilangan sumber protein ekoran berkurangnya hidupan akuatik yang menjadi pembekal protein utama kepada manusia. Dari aspek yang lain pula, sungai yang tercemar mendedahkan orang ramai kepada risiko penyakit tertentu, termasuklah kanser akibat kandungan merkuri yang tinggi daripada sungai yang teremar. (105 pp)

Fokus 3:  Langkah mengatasi pencemaran air

ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAK

Kerajaan mengadakan Kempen Cintailah Sungai Kita.


·         Mengadakan ceramah, forum, wawancara ttg pencemaran - jemput tokoh tertentu - siar melalui tv

·         Mengadakan peraduan ... yang bertemakan pencemaran.

·         Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mengekalkan alam sekitar yang bersih.

·         Jika kempen mendapat kerjasama semua pihak, pencemaran dapat dikurangkan.

Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan hendaklah mengadakan Kempen Cintailah Sungai Kita. Bagi menjayakan kempen tersebut, pelbagai aktiviti boleh diadakan, antaranya ialah ceramah, forum, dan wawancara yang berkaitan dengan pencemaran air. Tokoh-tokoh yang berkenaan wajar diundang untuk menjayakan aktiviti tersebut yang seharusnya disiarkan melalui televisyen. Selain itu, peraduan menulis esei, mengarang puisi, dan melukis poster tentang pencemaran air seharusnya diadakan. Tujuannya adalah untuk menambahkan pemahaman dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perlunya melestarikan keaslian alam semula jadi. Sekiranya orang ramai memberikan kerjasama untuk menjayakan kempen tersebut, tidak mustahil masalah pencemaran yang kini diuar-uarkan dapat dikurangkan meskipun tidak mungkin dapat ditangani sepenuhnya. (101 pp)


BAHAN PERBINCANGAN
i.     Kepentingan aktiviti bersukan kepada individu, masyarakat, dan negara.
           

     Aktiviti bersukan dapat menyihatkan badan. Harus diingat bahawa semasa bersukan, organ seseorang akan menjadi aktif. Jantung yang aktif dapat berfungsi dengan baik untuk melancarkan perjalanan darah seseorang. Selain itu, pembakaran lemak turut berlaku dan badan akan mengeluarkan peluh. Dengan perkataan lain, individu yang bersukan kurang menghadapi masalah lebihan lemak dalam badan dan dapat mengelakkan masalah obseti. Tegasnya, aktiviti bersukan dapat menyihatkan fizikal seseorang. Fizikal yang sihat akan mempengaruhi kesihatan mental. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Badan Sihat Minda Cerdas. Sekiranya lebih ramai individu bersukan, bilangan rakyat kita yang sihat akan bertambah.  
                                                                                                                                   (91 pp)

Untuk menilai sama ada huraian isi di atas betul atau tidak, sila isi maklumat dalam perenggan di atas dalam BORPIKA. Jika maklumat di atas dapat dimuatkan dalam BORPIKA, bermakna persembahan isi di atas, betul.

BORANG RANGKA PERSEMBAHAN ISI KARANGAN (BORPIKA)


ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAK














untuk
langkah












ii.     Faedah memajukan industri desa


     Faedah yang diperoleh sekiranya industri desa dimajukan ialah industri desa dapat mengurangkan kadar pengangguran dan kadar jenayah di negara kita. Kemajuan industri desa akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk di negara ini. Dengan itu, kadar jenayah yang melibatkan penganggur yang tidak bekerja akan dapat ditangani. Apabila jenayah berkurang, penduduk setempat dapat menjalankan aktiviti harian dan berasa selamat. Mereka tidak perlu berhutang sama ada daripada bank ataupun daripada orang perseorangan yang suka mengambil kesempatan terhadap golongan miskin. Kadangkala terdapat individu yang meminjam wang daripada “along”. Keadaan ini akan mendatangkan pelbagai masalah lain yang boleh mengancam nyawa individu yang berkenaan.                     

iii.    Kesan pencemaran air

     Pencemaran air secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan penggunanya. Sebagai contoh, sekiranya air yang tercemar itu digunakan untuk memasak atau untuk minum, sudah pastilah penggunanya akan berhadapan dengan risiko keracunan. Masalah yang sama juga berkemungkinan berlaku sekiranya orang ramai memakan hidupan air di sungai yang dicemari oleh  sisa toksik. Bagi sumber air yang tercemar secara serius, bau busuk juga tidak menyenangkan. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan aktiviti harian, bahkan boleh membawa kematian. Berita-berita  tentang keracunan akibat menggunakan sumber aiar yang tercemar bukan lagi asing di negara ini.


iv.   Langkah untuk melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa
       Isi : Kempen ..........
BORPIKA


ISI

HURAIAN

APA

BAGAIMANA

MENGAPA

IMPAK

Kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita.









ü  Mengadakan ceramah, forum, wawancara tentang kepentingan budi bahasa.

ü  Mengadakan peraduan menulis esei, pidato, melukis poster – tema budi bahasa.

ü  Untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan amalan berbudi bahasa.

ü  Sekiranya kempen tersebut mendapat sokongan daripada semua pihak, negara dapat melahirkan rakyat yang berbudi bahasa.

ü  Warisan bangsa itu dapat dikekalkan.

Isi tempat kosong dengan rangkai kata yang betul

     Untuk melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa, pihak kerajaan hendaklah mengadakan Kempen --------------------------------------------------------------. Bagi menjayakan kempen tersebut, pelbagai aktiviti boleh diadakan, antaranya ialah ceramah, forum, dan wawancara yang berkaitan dengan ----------------------------------------------. Tokoh-tokoh yang berkenaan wajar diundang untuk menjayakan aktiviti tersebut yang seharusnya disiarkan ----------------------------------- Selain itu, peraduan menulis esei, mengarang puisi, dan melukis poster yang bertemakan ----------------------------------------------------------------- seharusnya diadakan. Tujuannya adalah untuk menambahkan pemahaman dan meningkatkan ------------------------- orang ramai tentang perlunya ------------------------------------------------------- Sekiranya orang ramai memberikan kerjasama untuk menjayakan kempen tersebut, tidak mustahil -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------.


No comments:

Post a Comment