Monday, September 25, 2017

LATIHAN BAHASA UNTUK PELAJAR



LATIHAN BAHASA UNTUK PENGUKUHAN


1.       Antara cadangan-cadangan yang di kemukakan oleh ahli persatuan ialah tentang lawatan ke luar negara.

2.         Pihak urusetia seminar itu telah menyusun kertas kerja-kertas kerja yang diterima dari pembentang.

3.         Koleksi lagu-lagu 60an yang terdapat digerai itu ialah untuk pamiran, bukannya untuk jualan.

4.         Masaalah utama yang di hadapi oleh juru ukur itu ialah kesukarannya  untuk bertugas di tempat yang merbahaya itu.

5.         Penguat kuasaan undang-undang adalah di antara langkah yang terbaik sekali demi untuk menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.

6.         Penduduk di situ saling bantu-membantu untuk memperindahkan kawasan rekreasi untuk menarik lebih ramai para pengunjung.

7.         Daripada pukul lapan pagi dia menunggu rakannya tetapi sampai sekarangpun rakannya itu tidak kelihatan.

8.         Oleh sebab kenaikkan di sediakan, ramai penduduk di taman itu yang turut hadir menyaksikan pertunjukkan bunga api semalam.

9.         Peraturan tersebut mula berkuatkuasa setelah keputusan mesyuarat itu dikemas kinikan dan dihantar kepada semua kaki tangan jabatan.

10.       Lain-lain faktor berlakunya pencemaran air, termasuklah sikap setengah anggota masyarakat kita yang kurang bertanggung-jawab.

11.       Acara mini maraton tempuh hari telah di menangi oleh seorang peserta daripada negara jiran yang rambutnya seperti kemerah-merahan.

12.       Pengunjung taman itu boleh memilih sama ada untuk memancing dan memanjat bukit.

13.       Rakyat negara itu yang anti-kerajaan telah bertempur dengan pasukan keselamatan yang proSadam.

14.       Perlantikan pengarah syarikat itu telah diterima oleh sebahagian besar ahli-ahli majlis walau pun pada mulanya ramai yang tidak bersetuju.


JAWAPAN

1.         Antara cadangan yang dikemukakan oleh ahli persatuan adalah tentang lawatan ke luar negara.

2.         Pihak urus setia seminar itu telah menyusun kertas-kertas kerja yang diterima daripada pembentang.

3.         Koleksi lagu 60-an yang terdapat di gerai itu adalah untuk pameran, bukannya untuk jualan.

4.         Masalah utama yang dihadapi oleh juruukur itu ialah kesukarannya  untuk bertugas di tempat yang berbahaya itu.

5.         Penguatkuasaan undang-undang adalah antara langkah yang terbaik untuk menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.

6.         Penduduk di situ saling membantu untuk memperindah kawasan rekreasi bagi menarik lebih ramai pengunjung.

7.         Dari pukul lapan pagi dia menunggu rakannya tetapi sampai sekarang pun rakannya itu tidak kelihatan.

8.         Oleh sebab kenaikan disediakan, ramai penduduk di taman itu  turut hadir menyaksikan pertunjukan bunga api semalam.

9.        Peraturan tersebut mula berkuat kuasa setelah keputusan mesyuarat itu dikemaskinikan dan dihantar kepada semua kakitangan jabatan.

10.    Faktor-faktor lain berlakunya pencemaran air, termasuklah sikap sesetengah anggota masyarakat kita yang kurang bertanggungjawab.

11.       Acara maraton mini tempuh hari telah dimenangi oleh seorang peserta dari negara jiran yang rambutnya kemerah-merahan.

12.       Pengunjung taman itu boleh memilih sama ada untuk memancing atau memanjat bukit.

13.     Rakyat negara itu yang antikerajaan telah bertempur dengan pasukan keselamatan yang
          pro-Sadam.

14.    Pelantikan pengarah syarikat itu telah diterima oleh sebahagian besar ahli majlis  
          walaupun pada mulanya ramai yang tidak bersetuju.

No comments:

Post a Comment