Saturday, September 23, 2017

TINGGALKAN KESALAHAN BAHASA



TINGGALKAN KESALAHAN BAHASA YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN SESIAPA

BIL.

KESALAHAN ( X )

PEMBETULAN ( / )

1.

2.


3.


4.

5.


6.



7.


8.


9.


10.




11.




12.


13.




14.


15.


16.

Sehubungan itu,

Selain dari/daripada itu,
Selain daripada sikap orang ramai,

Selain itu juga, pihak kerajaan telah...


... sejak dari kecil lagi ...

Pada masa kini, negara kita ...


... bersama penduduk desa
... berkenaan isu remaja
... berdekatan dusun durian

Antara kesan-kesan pencemaran ialah menjejaskan aktiviti ...

Kemasukan mereka ternyata menimbulkan pelbagai masalah. Namun, tanpa mereka negara mengalami kekurangan tenaga kerja.

Selain itu, kesan pencemaran juga akan menjejaskan kehidupan flora dan fauna.

Kepentingan amalan membaca ialah amalan membaca penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan ...



Keadaan negara kita yang aman damai meyakinkan pelancong asing untuk datang ke sini. Justeru itu, kita hendaklah berusaha untuk mengekalkan ...

Tiada sesiapa pun yang menghalang rakyat mempelajari bahasa asing. Malah orang ramai digalakkan agar berbuat demikian.

Tindakan ibu bapa menggalakkan anak-anak membaca sejak kecil amatlah wajar. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Janji itu sudah pun pihak kerajaan tunaikan pada awal tahun ini.

Berdasarkan kepada maklumat orang awam, pihak polis dapat ...

Penceramah itu telah menghuraikan tentang tujuan kempen diadakan.

Sehubungan dengan itu,

Selain itu,
Selain sikap orang ramai,

Selain itu, pihak kerajaan telah ...
Pihak kerajaan juga telah ...

... sejak kecil lagi .../ ...dari kecil lagi...

Pada masa ini, negara kita ...
Kini, negara kita ...

... bersama dengan penduduk desa
... berkenaan dengan isu remaja
... berdekatan dengan dusun durian

Antara kesan pencemaran, termasuklah menjejaskan aktiviti ...

Kemasukan mereka ternyata menimbulkan pelbagai masalah. Namun begitu, tanpa mereka negara mengalami kekurangan tenaga kerja

Selain itu, pencemaran juga akan menjejaskan kehidupan flora dan fauna.

Amalan membaca penting untuk menambahkan ilmu pengetahuan ...

Amalan membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan ...

Keadaan negara kita yang aman damai meyakinkan pelancong asing untuk datang ke sini. Oleh hal demikian,  kita hendaklah berusaha untuk mengekalkan

 Tiada sesiapa pun yang menghalang rakyat mempelajari bahasa asing, malah orang ramai digalakkan agar berbuat demikian.


Tindakan ibu bapa menggalakkan anak-anak membaca sejak kecil amatlah wajar, bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Janji itu sudah pun ditunaikan oleh pihak kerajaan  pada awal tahun ini.

Berdasarkan maklumat orang awam, pihak polis dapat ...

Penceramah itu telah menghuraikan  tujuan kempen diadakan.

nawiwp_2626@yahoo.com.my

17.

Antara langkah untuk menangani pencemaran ialah menguatkuasakan undang-undang.

Antara langkah untuk menangani pencemaran ialah penguatkuasaan undang-undang.

Antara langkah ... adalah dengan menguatkuasakan undang-undang.
Antara langkah ... termasuklah menguatkuasakan undang-undang.

18.

Sejak awal lagi, anak-anak perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sejak awal lagi, anak-anak perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran, bak kata pepatah,  melentur buluh biarlah dari rebungnya.

19.

Kepentingan sukan yang lain pula ialah sukan penting untuk meningkatkan imej negara.

Dari aspek yang lain pula, sukan penting untuk meningkatkan imej negara.

Sukan juga penting untuk meningkatkan imej...

20.

Industri pelancongan banyak faedahnya kepada rakyat dan negara. Namun, perkembangan industri ini dikatakan ...

Industri pelancongan banyak faedahnya kepada rakyat dan negara, namun perkembangan industri ini dikatakan ...

... rakyat dan negara. Namun begitu, perkembangan industri ini ...

21.

Membaca merupakan amalan yang baik. Ini kerana individu yang membaca akan memperoleh pelbagai ilmu yang terdapat dalam bahan yang dibaca.

Membaca merupakan amalan yang baik. Hal ini demikian kerana individu yang membaca akan memperoleh pelbagai ilmu yang terdapat dalam bahan yang dibaca.

Hal ini dikatakan demikian kerana atau
Hal ini disebabkan...

22.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dapat dilakukan untuk meningkatkan semangat kejiranan. Contoh, gotong-royong membersihkan masjid, balai raya, tanah perkuburan, dan banyak lagi.

Pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dilakukan untuk meningkatkan semangat kejiranan, antaranya gotong-royong membersihkan masjid, balai raya, dan tanah perkuburan.

23.

Pada masa kini, banyak masyarakat kita yang kurang mementingkan kesihatan.

Pada masa ini / Kini / Akhir-akhir ini / banyak anggota masyarakat kita yang kurang mementingkan kesihatan.

24.

Selain daripada jenayah juvana, ...

Selain jenayah juvana, ...

25.

Sehubungan itu, pihak kerajaan telah ...

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah ..

26.

Kos perbelanjaan / khalayak ramai / saling bantu-membantu

Kos atau perbelanjaan / khalayak / saling membantu atau bantu-membantu

27.

Justeru itu, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan pidato, peraduan menulis esei, dan melukis poster yang bertemakan alam sekitar.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan pidato, peraduan menulis esei, dan melukis poster yang bertemakan alam sekitar.

Bagi sesetengah situasi, “oleh itu” lebih sesuai.

28.

Bagi pengusaha yang berjaya bolehlah mengeksport barangan mereka ke luar negara.

Bagi pengusaha yang berjaya, mereka bolehlah mengeksport barangan mereka.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Tuan Haji Nawi atas perkongsian ilmu yang sangat berguna ini.

    ReplyDelete
  4. Hj. Ismail,
    Manfaatkanlah yang mana sesuai. Jika ada soalan atau pandangan, sila kemukakan untuk kita bincang. T kasih.

    ReplyDelete